Skip to main content

SMK LUI BARAT

Selamat datang ke Portal Digital SMK Lui Barat – Sekolah Berwawasan Abad ke-21.

Kami membawakan kepada anda satu platform dalam talian yang komprehensif, moden dan responsif bagi menyokong keperluan komunikasi serta pengurusan sekolah secara digital. Melalui portal ini, anda boleh mengakses pelbagai aplikasi sekolah, semakan maklumat pelajar, pengumuman penting, dan pelaporan aktiviti dengan lebih cepat dan mudah.
Komitmen kami adalah untuk mendepani perubahan era digital dalam bidang pendidikan dan menyediakan persekitaran yang kondusif, cekap dan inklusif untuk semua pihak berkepentingan.

 

SPM 2025

170

Days

04

Hours

09

Minutes

30

Seconds


PENGETUA

 

TITIPAN PENGETUA


Assalamualaikum w.b.t dan Selamat sejahtera,


Perancangan merupakan intipati dalam pengurusan organisasi. Perancangan yang bersistematik dan strategik menjadi petunjuk arah utama kepada kejayaan dan kecemerlangan dalam semua aspek pendidikan. Justeru itulah SMK (F) Lui Barat menghasilkan Portal sekolah.

     Portal ini merupakan satu paparan maklumat yang meliputi segala aspek pengurusan dan pentadbiran sekolah yang menjadi panduan kepada guru, staf sekolah serta masyarakat umum dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab sehari-harian.

   Keseluruhan Portal ini mencakupi Maklumat Umum , Pengenalan sekolah, Agihan Tugas, Pengurusan Panitia, Pengurusan Pembelajaran dan Pengajaran, pengurusan peperiksaan dan penilaian, pengurusan Sumber, Pengurusan Hem, Pengurusan Kokurikulum, Pengurusan Kebersihan dan Keceriaan dan Kajian Tindakan.Jelas fokus utama perancangan Sekolah adalah kurikulum tetapi tidak mengabaikan aspek lain selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

     Portal ini akan menjadi bahan rujukan kepada semua warga sekolah dan masyarakat setempat. Dengan ini perancangan sekolah akan dapat dilaksanakan dengan cekap, mantap dan berkualiti, sesuai dengan moto sekolah "Bersama Menjana Kecemerlangan" Akhirnya saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada unit ICT sekolah yang terlibat dalam penyediaan dan penghasilan Portal ini.


Sekian.Terima Kasih.


Pengetua

Latipah Binti Mansor


" BARISAN KEPIMPINAN SEKOLAH "

PAPARAN MAKLUMAT BERIKUT ADALAH TELAH DIKEMASKINI PADA TAHUN 2025

PENGETUA

LATIPAH BINTI MANSOR

PK PENTADBIRAN

MOHD TAHIR BIN AB HAMID

PK HEM

SHAMSULKAMAL BIN RAHMAN

PK KOKO

ABDUL HALIM BIN ABU BAKAR


STATISTIK SEKOLAH

621

BILANGAN MURID

64

BILANGAN GURU

11

BILANGAN AKP

100

CALON  SPM TAHUN INI


Sejarah Sekolah

Dibuka pada 2hb. Januari 1987. Pada asalnya menumpang di Sekolah Rendah Kebangsaan Air Hitam. Ketika itu, hanya terdapat 4 buah kelas yang menampung 125 orang pelajar. Pengetuanya ialah Tn. Hj. Azmi B. Zainal dan dibantu oleh 10 orang guru dan seorang kerani. Pada 21hb. April 1987, semua pelajar dan guru-guru telah berpindah ke sekolah baru sekarang. Sekolah ini dilengkapi dengan 2 bangunan yang mengandungi dua buah bangunan yang mengandungi 19 buah bilik darjah. Blok A menempatkan bilik pejabat, bilik guru, pusat sumber, bilik ERT/jahitan, bilik koperasi dan 5 buah bilik darjah. Manakala Blok B terdapat 5 buah bilik darjah dan sebuah bilik gerakan. Pada tahun 1990, sebuah blok 2 tingkat yang mengandungi 11 buah kelas yang boleh menampung seramai 420 orang pelajar telah dibina. Pada 22hb. Ogos 1994, SMK (F) Lui Barat telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang dalam rangka lawatannya ke Negeri Sembilan. Pada tahun 2000, projek meningkatkan infrastruktur sekolah seperti 2 blok apartment, rumah guru, asrama, makmal sains, surau dan bangunan tambahan telah diperolehi dari kerajaan. Kini, SMK (F) Lui Barat mempunyai 6 blok bangunan, bangunan asrama dan kemudahan-kemudahan lain yang dapat digunakan sepenuhnya mulai bulan Januari 2002. Kini SMK (F) Lui Barat memberikan pendidikan menengah bagi pelajar-pelajar kawasan Lui iaitu dari Kg. Sg. Lui, Felda Lui Timur, Felda Lui Muda, Felda Lui Selatan, Felda Lui Barat, Felcra Air Hitam dan Kg. Air Hitam

Sejarah Pentadbir

1.      Tn Hj. Azmi bin Hj Zainal 1 Jan 1987 - Nov 1990

2.      En. Amir Sharifuddin bin Ahmad 1 Dis 1990 – Feb 1992

3.      Tn. Hj. Misan bin Mastor Feb 1992 - Ogos 1994

4.      Pn. Siti Aisyah bt. Salleh Ogos 1994 - Sept 1994

5.      En. Zakaria b. Mohd Zin Sept 1994 - Nov 1995

6.      Tn Hj. Che Wan bin Ahmad Dis 1995 - Mei 1999

7.      Pn. Hjh Zaidah bt Mohamed Mei 1999 - 31 Nov 2000

8.      Pn Junaidah bt Ibrahim 1 Dis 2000 - 28 Feb 2003

9.      Tn. Amir Sharifuddin B. Ahmad 2 Mei 2003 – April 2007

10.     Pn Hjh Maimon Abdullah 16 April 2007 - Dis 2012

11.      Pn Saripah Binti MohdNor 22 Dis 2012 - Dis 2014

12.     Pn Faridah Binti Sulan Dis 2014 - Oct 2017

13.     Tn. Mahat Bin Bujang Oct 2017 - 18 Mac 2021

14.     En Nor Kamar Bin Nordin   18 Mac 2021 -

15      Latipah Binti Mansor  2024 -Sekarang

Ø Menyediakan sistem pendidikan terbaik berasaskan budaya ilmu bagi memenuhi kehendak individu, masyarakat dan negara serta memenuhi matlamat perpaduan negara


Ø Menentukan keluaran sistem pendidikan mempunyai nilai-nilai teras yang ditetapkan dan ciri-ciri yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan


Ø Memberi peluang yang sama kepada setiap kanak-kanak tanpa mengira latar belakang, agama dan keturunan untuk mendapatkan pendidikan yang sebaik-baiknya


Ø Mewujudkan jentera dan sistem pengurusan pendidikan yang cekap, berkesan, canggih, dinamik dan berteraskan kepada pembaharuan yang berkesan


Ø Menguruskan kerja dengan cekap, pantas dan bijaksana


Ø Menyediakan staf yang mencukupi dan berdedikasi, komited, terlatih, berdisplin, bertanggungjawab dan produktif


Ø Menyediakan kemudahan-kemudahan pendidikan yang selesa, lengkap dan mencukupi berteraskan piawaian-piawaian tertentu selaras dengan pengalaman perkhidmatan penyanyang


Ø Memastikan Kementerian Pendidikan sentiasa peka dan responsif kepada kehendak-kehendak dan keperluan pelanggan, murid, guru, masyarakat dan negara/ kerajaan


Ø Meningkatkan kegemilangan dan martabat profesian keguruan untuk menarik individu-individu terbaik menyertai perkhidmatan pendidikan

LAGU SEKOLAH

Berilmu beriman beramal

Kata hikmat sekolah kita

Berusaha penuhkan ilmu didada

Khidmat mulia pada agama dan bangsa


Gagah berani bersedia

Hemah mulia teras kejayaan

Hijau kuning biru kita bersatu

Sanjung tinggi rakyat berilmu


Insaflah putra dan putri

Sekolah Menengah Lui Barat

Tujui kecemerlangan diri

Sahutlah wawasan Negara


Berilmu beriman beramal

Kata hikmat sekolah kita

Berusaha penuhkan ilmu di dada

Sekolah Menengah Lui Barat 

SUAPAN MEDIA SOSIAL